Kedai Tak Ramai Orang Datang? Boleh Ikut Tips Digital Marketing Untuk Kafe Dan Restoran Ini!


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Adakah anda mempunyai cabaran seperti kurang pelanggan datang ke kedai?

Jika ya, ini bermaksud anda kena buat marketing dengan lebih baik. Entri kali ini saya akan berkongsi kepada anda semua tips-tips ataupun cara-cara digital marketing yang boleh diaplikasikan untuk bisnes kafe dan restoran anda.

Perkongsian saya ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang digital marketing, pengalaman saya bekerja sebagai digital marketer untuk kafe terkemuka di Semenyih dan pembacaan serta kajian trend di internet.

Semoga perkongsian ini membantu anda semua. Okay jom kita mulakan.


---




01. TINGKATKAN CARIAN KEDAI MELALUI GOOGLE MY BUSINESS DAN GOOGLE MAPS LISTING

Cuba anda lihat semula, jika anda merancang untuk lunch bersama pasangan, keluarga ataupun rakan sekerja, pasti anda akan search makanan ataupun kedai makan di Google.

Bila anda search, semestinya akan keluar macam-macam kedai makan di Google Search. Kalau anda search Kedai Makan Near Me, pasti akan keluar kedai makan berdekatan. Google juga pasti akan suggest kedai makan di Google Maps.

Ada kedai makan yang memang sentiasa berada di page pertama Google bila kita search keyword tertentu. Sebab apa? Sebab local SEO dia dah mantap. SEO tu apa? Nanti kita kupas lebih lanjut.

Persoalannya, anda dah buat dan update Google My Business (GMB) account ke belum? Sebab jika belum, anda perlu buat sekarang! Bila dah buat GMB, lepas tu boleh la pin location business di Google Maps.

Perkara ni saya ada kupas dengan sangat mendalam di artikel lain. Boleh baca di SINI.


02. MEMBUAT PAID ADVERTISEMENT SEPERTI GOOGLE ADS


Perasan tak, bila anda search keyword atau kata kunci tertentu di Google, anda akan jumpa carian seperti gambar di atas? Dalam rajah ni ada tertera tulisan "Sponsored". Bila ada perkataan sponsored, ini bermaksud kedai tersebut menjalankan Google Ads. Iklan sponsored ni kebiasaannya berada di bahagian senarai paling atas dalam Google Search ataupun di bahagian-bahagian strategik dalam Google Search.

Google Ads memerlukan sedikit bajet. Bila namanya marketing, maka pasti ada kos yang perlu dikeluarkan, sama ada langsung mahupun tidak langsung.

Google Ads ni amat bagus untuk menaikkan nama bisnes anda di Google Search, sekali gus menaikkan local SEO. Setiap hari berpuluh juta orang menggunakan Google untuk membuat carian. Cuba lihat rajah di bawah, saya search keyword "kambing perap" dan ada lebih kurang 1 juta lebih orang buat carian.



Untuk membuat Google Ads, anda perlu ada GMB terlebih dahulu. Bila dah ada GMB, anda dah boleh buat setting untuk Google Ads.

Saya dah biasa buat Google Ads untuk menaikkan nama organisasi di Google dan ternyata berjaya. Boleh cuba, sebab belum cuba, belum tahu.

Cuma satu perkara saya nak pesan, bila buat Google Ads ni, hasilnya takkan nampak dalam masa sejam, sehari dan beberapa hari, Hasilnya biasanya dalam masa sekurang-kurangnya 4 minggu ke 6 minggu.

Konsepnya sama seperti kebanyakan orang juga, termasuk kita sendiri. Bila kita nampak iklan, tak semestinya kita akan beli atau datang terus kedai tu.

Ada orang dia akan survey dulu kedai tersebut di Google dan social media. Ada yang akan baca Google Review dulu. Lepas dah dapat segala maklumat yang diperlukan, barulah dia decide untuk datang ataupun tidak.

Maka kita perlu bersabar dan nilai prestasi Google Ads dari semasa ke semasa.

Selain Google Ads, anda juga boleh cuba FB Ads, IG Ads, TikTok Ads dan lain-lain.


03A. MEMPERKASA CONTENT DI MEDIA SOSIAL


Zaman sekarang ni zaman teknologi, zaman milenium, maka kita perlu pastikan kedai kita ada di media sosial. Sungguhpun begitu, jangan sekadar ada sahaja. Ada peniaga yang mempunyai social media namun update 6 bulan sekali. Ada yang dah bersarang dah.

Anda perlu update content menarik dan konsisten di media sosial. Selain itu, anda perlu utilize semua platform yang ditawarkan dalam satu-satu platform tu. Sebagai contoh:

Instagram mempunyai banyak sub-platform di dalamnya seperti

  • Instagram IG Feed
  • Instagram IG Story
  • Instagram IG Reels
  • Instagram IG Highlights

Maka anda perlu update di Feed, Story, Reels dan Highlights.

Sebagai contoh, anda boleh update Instagram Feed dengan poster-poster promosi, gambar makanan yang cantik dan sebagainya.

Di Instagram Story, anda boleh update event, upload keadaan semasa di kedai, upload produk dan sebagainya. Kelebihan IG Story ialah kita boleh letak link dan kita boleh engage dengan pengguna. 

Instagram Reels ialah video di IG. Konsepnya macam TikTok. Ada video yang meletup, viral ataupun FYP. Kita takkan tahu bila video kita akan hit viral atau FYP, maka kita perlu selalu post video dan research trend. Kalau ada trend, cubalah ride the wave. Kalau anda power, anda boleh jadi trendsetter.

Instagram Highlights pula ialah benda yang anda boleh pin dekat ruangan profile. Mana-mana IG story yang anda dah post tu akan disimpan dalam arkib (kita je yang boleh tengok melainkan kita highlight dekat profile). Biasanya orang akan gunakan Instagram Highlights untuk categorize maklumat, which is good.

Haa banyak kan? Ini baru satu platform. Belum cerita Facebook, TikTok dan lain-lain lagi. Kena explore.




03B. MEMBUAT INTERACTIVE OR ENGAGING CONTENT DI MEDIA SOSIAL

Interactive atau engaging content bermaksud content anda mempunyai komunikasi dua hala. Sebagai contoh, anda membuat FB Live untuk share resipi, share update business, share menu baharu dan sebagainya. Dalam FB Live tu pasti akan ada audiens yang akan komen dan bertanya soalan dan sebagainya. Jika anda membalas komen, menjawab pertanyaan audiens maka itu dikira engaging content lah.

Antara interactive content lain adalah seperti bertanya soalan IG Story. Anda boleh buat Question & Answers, poll survey dan sebagainya.

Selain daripada itu, anda juga boleh membuat giveaway dan contest untuk meningkatkan engagement di media sosial atau website. Kalau buat contest di media sosial, anda boleh naikkan page likes, comments, shares, page reach to wider audience. Kalau anda buat di website, anda boleh naikkan aliran trafik ke website, so ramai la orang kunjung website tu.




03C. PASTIKAN DESIGN ADA TEMA

Perasan tak ada sesetengah kedai makan atau organisasi mempunyai tema? Contoh, KFC ada tema dia. McD ada tema dia. Grab dan FoodPanda ada tema dia. Kita tengok warna, font tulisan yang digunakan pun kita dah boleh kenal tema ni kepunyaan siapa.

Perkara ini kita panggil sebagai corporate identity (CI). CI ini perlu ada dalam setiap organisasi. Selepas CI telah dimuktamadkan, maka CI boleh diterapkan dekat semua platform termasuklah social media.

Maka, pastikan ada CI untuk menampakkan CI yang seragam dan cantik. Nampak teratur, tersusun dan mempunyai keunikan tersendiri.


04. MEMBUAT WEBSITE

Website adalah perkara yang amat penting dalam bisnes. Website ni represent our business branding. Website ni macam pejabat kita la, tetapi dalam bentuk alam maya. Selain media sosial, orang akan cari website untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bisnes kita.

Selain itu, website adalah salah satu cara utama untuk meningkatkan profesionalisme dan membina kredibiliti bisnes.

Kedai makan pun kena ada website ke? Yep! Kena ada. Sebab website adalah salah satu cara utama untuk meningkatkan visibility business kita di Google. Website juga berupaya meningkatkan local SEO juga.

Apa yang perlu ada dalam website kedai makan? Banyak je benda boleh masukkan antaranya menu makanan anda, lokasi kedai, contact information dan buat reservation option (jika ada) dan latest update promo, menu baharu dan sebagainya. Kemudian, linkkan semua social media anda ke website. Nak letak customer review pun boleh. Ini adalah untuk memberi gambaran positif pada customer ataupun bakal customer / prospect.




05. MENGAMBIL BERAT TERHADAP ONLINE REVIEW DAN REPUTATION MANAGEMENT

Customer review adalah perkara yang amat signifikan dalam meningkatkan branding, kredibiliti bisnes serta meningkatkan kepercayaan orang untuk beli barang dari kita / dapatkan servis kita / datang kedai kita.

Anda boleh galakkan customer membuat review di Google Maps, social media seperti Facebook dan juga platform food delivery seperti Food Panda dan Grab Food.

Perlu diingat, setiap review bermakna, sama ada good review atau bad review. Jika anda dapat good review, anda boleh share review tersebut dalam social media. Jika anda dapat bad review, anda boleh gunakan untuk memperbaiki mutu bisnes.

Apa yang penting, jangan ignore setiap review yang ada. Hal ini berkait dengan reputasi bisnes. Jika anda ignore, macam-macam tanggapan akan wujud. Anda perlu respon dan mengucapkan sekurang-kurangnya terima kasih. Sebab apa? Sebab tak semua orang ada keinginan dan masa untuk membuat review melainkan anda memberi sesuatu jika membuat review. Sebagai contoh, anda memberi 5% discount jika membuat Google Review.



06. MELAKSANAKAN ONLINE ORDER DAN FOOD DELIVERY

Sekiranya tak ramai orang datang kedai untuk makan, anda boleh hantar makanan ke tempat mereka berada melalui food delivery. Wujudkan online order. Zaman sekarang ni ada macam-macam platform food delivery seperti Food Panda dan Grab Food. Anda boleh register / sign up dengan platform-platform ini dan masukkan produk anda.

Sekiranya orang tak dapat datang kedai, sekurang-kurangnya mereka boleh buat online order melalui Food Panda atau Grab Food. Sekurang-kurangnya ada option untuk pengguna. 

Sekiranya anda tidak mahu masukkan ke platform ini, anda boleh juga buat delivery sendiri. Jika anda ada bajet, boleh langgan sistem seperti Store Hub. Jika tidak, mungkin anda boleh mulakan dengan WhatsApp Business.




07. BEKERJASAMA DENGAN LOCAL INFLUENCER ATAU BLOGGER

Anda boleh bekerjasama dengan local influencer atau blogger untuk orang lain tahu tentang kedai anda. Bila bekerjasama dengan mereka, anda dapat menarik followers mereka juga. Cuma anda kena mengenal pasti influencer dan blogger, sebab setiap influencer niche followers dia berbeza.

Jika anda mencari influencer atau blogger dalam bidang gajet, mungkin impaknya tidak besar sebab niche dia bukan makanan. Jika anda cari food influencer yang memang terang benderang fokus pada makanan, maka impaknya akan lebih berkesan sebab anda menyasarkan target audience yang betul.

Local influencer dan blogger boleh membuat review makanan anda. Mereka juga boleh menulis mengenai makanan dan bisnes anda. Perkara ini terpulang kepada perbincangan masing-masing. Apapun dengan review dan writeup tersebut anda bolehlah share ke social media dan membuat ads.


---


Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dibuat untuk mantapkan digital marketing bagi kafe atau restoran anda. Banyak lagi benda boleh explore. Apa yang dikongsikan ini hanyalah asas sahaja.

Semoga ilmu ini sedikit sebanyak membantu anda semua. Bukan mudah nak uruskan bisnes namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kena cekal dan tabah. Semoga berjaya!

Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak saya.

Sekian, terima kasih.


Azeem Raslan (AZAR)

Digital Marketer

#azaraslan #digitalmarketing

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Zaman sekarang influencer banyak main peranan dalam menyebarkan review untuk fnb. Saya pula banyak berniaga secara online sahaja. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, zaman sekarang, ramai influencer yang review makanan dan kedai makan especially dekat TikTok. Cuma kena cari influencer yang memang nichenya pasal makanan, baru hasilnya lebih baik. Hahahah, tak apa, berniaga di mana-mana boleh, as long ada platform, demand dan faktor-faktor sokongan yang membolehkan kita berniaga secara online atau offline.

      Padam