Tolak Tak Rebah




Pendirian berdiri teguh, laksana pokok di tanah lapang,
Tidak goyah, walau angin bertiup kencang,
Akar mencengkam masakkan huyung-hayang,
Biarpun bersendirian tetap tak tumbang.

Landasan kebenaran bukan jalan mudah,
Perlukan rancangan langkah yang terarah,
Memperjuangkannya amat perit,
Berdiam diri bertambah sakit,
Sampai suatu masa dibelenggu,
Setiap haluan menemui jalan buntu,
Walau dibedil pelbagai halangan,
Orang yang sabar pasti beroleh kemenangan.
Itu adalah janji Tuhan.

Yang salah tetap salah,
Jangan ditegak benang yang basah,
Yang betul jangan disanggah,
Maruah perlu dijulang gagah,
Biarpun tiada yang menyebelah,
Tetaplah utuh tolak tak rebah.

Setiap warkah lembaran dua halaman,
Sebelum beranggapan carilah penjelasan,
Kata-kata jangan mudah percaya,
Jiwa raga kacau fikiran terpedaya,
Bijaklah sebelum membuat penilaian,
Lambat atau cepat pasti keluar jawapan.

Gambar: Kyle Roxas

Catat Ulasan

2 Ulasan