Student Expectation Terhadap Dunia Kerjaya vs Realiti Sebenar Dunia Kerjaya



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Topik kali ini kita akan membincangkan mengenai realiti kerjaya dan expectation sebelum mula kerja.

Setiap daripada kita pasti akan ada expectation atau angan-angan terhadap sesuatu perkara.

Sebagai contoh, anda adalah pelajar semester akhir, semester 6. Bila dah habis belajar nanti, expectation atau angan-angan anda ialah nak jadi seorang jurutera di syarikat terkemuka. Expectation anda ialah untuk dapat gaji lumayan bagi pekerjaan pertama, misal kata sekurang-kurangnya RM3,000.00.

Sebab apa anda letak expectation tu? Mungkin sebab anda memperolehi keputusan cemerlang (dapat anugerah dekan setiap semester) dalam peperiksaan, aktif dengan pelbagai penglibatan dalam dan luar kampus serta memegang jawatan dalam persatuan. Mungkin gaji itu berbaloi dengan hasil titik peluh anda berhempas pulas menyiapkan projek tahun akhir (FYP) selain struggle untuk mengharungi dari semester ke semester.

Dengan gaji itu, anda mula merancang nak buat apa dengan duit tu. Jika guna formula 50/30/20, maka duit gaji akan dibahagikan 50% untuk perbelanjaan, 30% untuk keperluan dan 20% untuk simpanan. Mungkin expectation anda tahun pertama kerja ialah nak beli rumah, kereta, gajet, telefon atau kamera dan sebagainya.

Secara umumnya, inilah yang dimaksudkan expectation. Tiada masalah untuk ada expectation. Bak kata orang, berangan itu percuma. Sungguhpun begitu, apa yang kita expect, tak semestinya kita akan dapat, sebab realiti kehidupan kerja tidaklah sebegitu indah rupanya.

Saya akan kupas topik ini mengikut pengalaman saya, pengalaman rakan-rakan dan pembacaan. Oleh sebab itu, kupasan ini tidak mewakili mana-mana pihak. Kupasan ini hanyalah pandangan saya sendiri. Harap maklum.

Kupasan ini juga adalah berdasarkan forum Administrative Science Carnival (ASCAR) 2023, di mana saya dan rakan saya, En. Amirul Anwar dijemput untuk mengupas mengenai "Employability: Expectation vs Reality".



Okay jom kita mulakan.


Perkara #1

CGPA YANG MANTAP BOLEH MENJAMIN KERJA

REALITI: CGPA TIDAK MENJAMIN KERJA

CGPA sahaja tidak mencukupi, kerana jika bicara soal CGPA, ada berpuluh ribu graduan menerima anugerah dekan bagi setiap semester.

Realiti dalam kerjaya ialah mereka mencari orang yang boleh menyelesaikan masalah dan menjalankan tugas dengan baik. Majikan tidak mencari seseorang yang exam-oriented.

CUMA, CGPA ni adalah tools yang dipakai untuk penapisan resume. Walaupun cara ini tidak sempurna, namun inilah cara paling efektif dan jimat masa berbanding menapis resume berdasarkan skills.

Sungguhpun begitu, bergantung kepada CGPA sahaja memang tidak mencukupi. Bayangkan jika anda mohon kerja. Company tu offer 1 jawatan. Yang pergi interview ada 10 orang. 10 orang itu semuanya CGPA power macam anda. Maka apa yang membezakan anda dengan mereka?

Boleh baca kupasan saya berkenaan CGPA vs skill: https://www.azaraslan.com/2022/12/cgpa-atau-skill-mana-lebih-penting.html


Perkara #2

AKTIF DENGAN PERSATUAN BOLEH MENJAMIN KERJA

REALITI: AKTIF DENGAN PERSATUAN BOLEH MEMBANTU DALAM KERJAYA, JIKA SKILL YANG DIPELAJARI DALAM PERSATUAN, BOLEH DIGUNAKAN DALAM KERJAYA

Skill atau kemahiran amat penting dalam memastikan anda boleh buat kerja. Kita tidak mahu jadi mahasiswa yang hanya skor atas kertas peperiksaan sahaja. The world needs problem solvers, think tankers, reliable workers, not solely mark-getters / top scorers. Kita tak nak cari tukang hafal teori semata-mata.

Bercakap tentang kemahiran, zaman modenisasi ini memerlukan mahasiswa / semua golongan untuk mempunyai pelbagai kemahiran dalam soft skill dan hard skill. Soft skill adalah skill seperti komunikasi, pembentangan, cara urus emosi, cara urus masa dan sebagainya. Hard skill adalah skill teknikal seperti penggunaan software Adobe Photoshop, AutoCAD dan lain-lain.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha persatuan, sudah semestinya anda dikehendaki mengeluarkan surat, memo dan sebagainya. Perkara ini memerlukan skills.

Sekiranya anda seorang exco multimedia dan publisiti, sudah semestinya anda perlu membuat poster, banner, bunting dan sebagainya. Di sini anda perlu menggunakan software seperti Canva, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator bagi melaksanakan bahan grafik yang berikut.

Sekiranya anda dilantik sebagai ketua projek, anda perlu membuat kertas kerja untuk memohon kelulusan universiti. Nak buat kertas kerja memerlukan skill dalam menulis, research, formating dan sebagainya.

Semua skill-skill ini amat bagus untuk diletakkan dalam resume. Dengan ulasan yang bagus di resume, perkara ini boleh menyumbang kepada keyakinan bakal majikan melihat resume anda.

Majikan boleh lihat anda ni pernah buat kerja ataupun tidak. Jika anda aktif berpersatuan dan biasa berprogram, majikan boleh nampak benda ni sewaktu interview. Majikan boleh tengok dari cara anda bercakap, menyampaikan maklumat, berkongsi pengalaman dan berkongsi idea. So, takdelah nampak anda sembang lebat atau sembang kencang.

Macam mana majikan boleh tahu? HR tu bukannya baru interview 10 orang. Sepanjang hayat dia mungkin dia dah interview 500-1000 orang. Secara tidak langsung mesti dia boleh baca orang.

Boleh baca kupasan saya berkenaan CGPA vs skill: https://www.azaraslan.com/2022/12/cgpa-atau-skill-mana-lebih-penting.html

Pegang jawatan semata-mata, dan tidak tahu buat kerja, hanya akan menimbulkan spekulasi seperti gila kuasa, bossy, guna kabel dan sebagainya. Oleh sebab itu, bila pegang jawatan, buat betul-betul supaya anda boleh dapat manfaat daripada jawatan tu. Boleh dapat ilmu, skill dan pengalaman untuk membantu dalam kehidupan seharian dan zaman kerja.


Perkara #3

HARD SKILL / SOFTWARE SKILLS SUDAH CUKUP UNTUK KERJA, SOFT SKILLS TAK PERLU

REALITI: HAKIKATNYA HARD SKILLS MENUNJUKKAN ANDA SKILLFUL, SOFT SKILLS MAKE YOU PRESENTABLE

Hard skill sahaja tidak menjamin pekerjaan. Soft skill needs to come into picture too. Ilmu soft skill dan hard skill itu penting untuk kita belajar, untuk kita ni menjadi pelajar yang ada nilai tambah. Sekiranya ada 100 pelajar dapat 4.00 CGPA termasuk kita, apa yang membezakan kita dengan mereka? Nilai tambah.

"Your hard skills help you acquire employment and your soft skills help you ensure your employability. Hence, integrate hard and soft skills to fast-track your career" - Professor M.S Rao

"Kemahiran berkomunikasi ialah antara elemen utama dituntut dalam hampir kesemua jenis pekerjaan bagi mereka yang makan gaji mahupun bergelar bos perniagaan sendiri" (Berita Harian, 2016)

Hakikatnya, soft skill sangat diperlukan untuk interview. Sebab apa? Sebab anda kena yakinkan majikan untuk ambil anda bekerja.

Berdasarkan hasil kajian Jobstreet, terdapat 5 punca graduan gagal memperolehi pekerjaan iaitu:

  • Memohon gaji atau faedah tidak realistik (68%)
  • Lemah penguasaan Bahasa Inggeris (64%)
  • Memilih pekerjaan dan syarikat (60%)
  • Lemah dalam komunikasi (60%)
  • Tiada personaliti atau keyakinan atau karisma semasa temuduga (59%)

Sumber: https://afterschool.my/bm/berita/5-punca-graduan-gagal-memperolehi-pekerjaan-berdasarkan-kaji-selidik-oleh-jobstreet

Berdasarkan hasil kaji selidik ini, anda perlu tingkatkan soft skills. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama dalam pekerjaan. Like it or not, you need to follow the company. You don't have the higher power. Jika syarikat itu memerlukan Bahasa Inggeris, takkan la anda nak minta izin cakap Bahasa Melayu? It doesn't work that way.

Komunikasi pun penting. Komunikasi ni bukan sekadar menyampaikan maklumat dari pihak A ke pihak B. Komunikasi ni bermaksud anda menyampaikan maklumat dengan betul, tepat, padat dan professional. Komunikasi bukan sekadar percakapan. Komunikasi juga termasuk penulisan emel, perbualan telefon, pembentangan dan sebagainya.

Boleh baca artikel saya berkenaan tips komunikasi untuk presentation di sini: https://www.azaraslan.com/2021/10/tips-berkomunikasi-semasa-presentation.html

Boleh baca artikel saya berkenaan cara memperkasa Bahasa Inggeris di sini: https://www.azaraslan.com/2023/01/my-ways-to-improve-english.html


Perkara #4

FRESH GRADUATE TIDAK DAPAT KERJA KERANA SYARIKAT TIDAK MAHU MENGAMBIL RISIKO LOMPAT KERJA

REALITI: BANYAK FAKTOR. FRESH GRADUATE TIDAK DAPAT KERJA KERANA TIADA PENGALAMAN / KERANA ANDA TIDAK MEMENUHI KRITERIA

Bakal dan para graduan perlu tahu bahawa syarikat sentiasa mencari keuntungan dalam bisnes. Dengan keuntungan, mereka boleh membayar gaji pekerja, memperkasa syarikat dan sebagainya.

Sekiranya syarikat mencari pekerja berpengalaman, boleh jadi mereka:

  • Ingin cari pekerja segera
  • Ingin jimat kos dari segi latihan dan bimbingan kerana masa itu emas (ada syarikat yang tidak menawarkan latihan)
  • Ingin meningkatkan mutu kerja segera / ada projek yang perlu dibawa

Maka, jika anda jumpa pekerjaan yang memerlukan pengalaman 2 tahun dan ke atas, anda janganlah mohon, sebab anda tak memenuhi kriteria. Kalau nak cuba juga, silakan. Tapi, jangan letak high expectation lah. Logiknya, takkan majikan nak hire fresh graduate kalau dekat iklan tu memerlukan 5 tahun pengalaman, kan?

Carilah kerja yang terbuka untuk fresh graduate iaitu entry level / junior executive. Ada juga syarikat yang meletakkan ayat seperti, "Berpengalaman 1 tahun. Lepasan graduan boleh cuba memohon".

Selain itu, kriteria tahun pengalaman juga amat penting untuk kita semua sebagai rujukan pada masa hadapan. Sebab apa? Dari kriteria tahun pengalaman itulah kita boleh merancang untuk climb the career ladder. Dalam erti kata lain, boleh dikatakan juga job hopping.

Tahap jawatan diklasifikasikan kepada 5 tahap. Tahap yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

  • Entry Level: Fresh graduates OR No working experience
  • Junior Executive: 1-4 years of experience
  • Senior Executive: 5 years and above of experience OR has held an Assistant Manager Position
  • Manager: Managerial position (years of experience dependent on the role)
  • Senior Manager: Senior Manager position (years of experience dependent on the role)

Jika anda dah ada 2-3 tahun pengalaman kerja, maka anda boleh la cuba jawatan di tahap junior executive. Jika sudah ada 5 tahun pengalaman kerja, maka anda boleh la cuba jawatan tahap senior executive.

Sungguhpun begitu, untuk jump company / job hopping / tukar kerja (khususnya jumping companies within 6 months to 1 year), anda kena pastikan anda ada niche skills yang membuatkan majikan perlu ambil anda. Kalau majikan tak ambil, majikan tu rugi.

Sebagai contoh, anda mempunyai skill dalam digital marketing. To be specific, skill dalam menjalankan digital marketing campaign yang mendatangkan manfaat besar ataupun return of investment yang bagus dengan kos yang sedikit.

Contoh lain, anda mempunyai analytical skills yang sangat mahal, dan benda tu terbukti melalui projek-projek atau inisiatif tertentu. Majikan pasti nak anda berada dalam team mereka.

Skill seperti ini akan menjadikan anda berharga ataupun mempunyai high value dalam job market.

Perkara yang perlu diingat oleh bakal dan para graduan ialah, anda perlu fikir apa yang anda boleh tawarkan kepada syarikat. Jangan asyik fikir apa yang syarikat boleh bagi pada kita.

Syarikat boleh je tawarkan gaji RM5,000 sebulan kepada kita, namun syarikat mendambakan pulangan dan komitmen yang lumayan lah. So, apa yang kita boleh tawarkan kepada syarikat tu? Kebiasaannya mestilah disebabkan kita ada skill tertentu yang mahal.

Pastikan skill dan pengalaman kita tu menyebabkan syarikat rasa berbaloi nak bayar RM5,000. Bagi majikan rasa setimpal bayar gaji tinggi kerana skill dan pengalaman kita akan membantu syarikat lebih ke hadapan.

Ada orang boleh loyal atau stay dengan organisasi yang sama sampai 15-20 tahun. Ada orang yang boleh stay dengan position yang sama sampai 10 tahun tapi tiada kenaikan gaji atau pangkat. Maka anda perlu check balik samada loyalty anda berbaloi ke tidak. Ada satu istilah dipanggil conditional loyalty. Ini bermaksud kita loyal bersyarat dengan sesebuah syarikat sebab dia jaga kita, dan kita pun jaga dia. Kalau kita je yang jaga company tapi company tak jaga kita, maka lebih baik kita cari kerja lain untuk kebaikan diri sendiri.

Jawatan kita sentiasa boleh ditular ganti. Elakkan berfikir bahawa company tak boleh gerak tanpa kita atau fikir kita ni tidak boleh diganti. Bila kita dah hantar surat letak jawatan / resignation letter, company akan terus buat iklan untuk mencari pengganti kita. That's how it works in this career world.


Perkara #5

FRESH GRADUATE EXPECT UNTUK DAPAT PEKERJAAN BERDASARKAN JURUSAN YANG DIPELAJARI

REALITI: HAKIKATNYA, PEKERJAAN ANDA TIDAK SEMESTINYA AKAN BERKAITAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Masa depan kita adalah misteri. Kita hanya boleh merancang, Tuhan dan takdir yang menentukan. Oleh sebab itu, kita pun takkan boleh jamin pekerjaan.

Ada orang belajar bioteknologi, dan jadi cef, kerana minat.

Ada orang belajar sains pentadbiran, dan jadi pengurus operasi kedai makan, kerana rezekinya di situ.

Ada orang belajar pentadbiran awam, akhirnya bekerja sebagai digital marketer, kerana dia dah cuba cari kerja dalam bidang pengajian namun tiada rezeki. Maka dia pilih untuk menelusuri jalan baharu.

Ada orang belajar sains pentadbiran, akhirnya mengorak langkah dalam customer service.

Ada orang belajar sains pentadbiran, namun kerja dalam bidang CoSEC. Sains pentadbiran dan pentadbiran korporat sangat jauh bezanya.

Masa depan setiap orang semua berbeza-beza. Boleh baca artikel saya yang ini untuk pandangan saya selanjutnya berkenaan belajar bidang lain, kerja bidang lain: https://www.azaraslan.com/2023/01/belajar-bidang-lain-kerja-bidang-lain.html

Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada bulan Disember 2022, jumlah penggangguran di Malaysia adalah seramai 600,000 orang. Boleh baca lebih lanjut di sini: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/02/1066260/jumlah-belia-menganggur-di-malaysia-masih-tinggi.

Untuk dapatkan pekerjaan berdasarkan jurusan yang dipelajari, anda perlu bersaing dengan rakan-rakan anda, rakan dari IPT lain, golongan pengganggur sedia ada dan golongan lompat kerja.

Untuk tingkatkan kebarangkalian dapat kerja yang diingini, anda perlu menjadi unik dari yang lain. CGPA sahaja tidak cukup. Daripada 600,000 orang tu, mungkin 300,000 pelajar bergraduat dengan anugerah dekan. Jika anda dapat anugerah dekan dan hanya berpandukan CGPA semata-mata, apa yang membezakan anda dengan 299,999 pelajar lain?

Anda perlu jadi unik dengan meningkatkan soft skills, hard skills dan timba pengalaman. Timbalah pengalaman melalui kerja freelance, kerja part time, internship berbayar atau tidak berbayar, internship sukarela, menguruskan projek, program dan sebagainya.

Kembali kepada topik, pekerjaan anda tidak semestinya berkaitan dengan apa yang anda belajar.

Setiap yang berlaku padanya ada hikmah. Jika dapat kerja dalam bidang, itu rezeki, Jika tidak, itupun rezeki juga. Jika betul-betul nak masuk dalam bidang juga, usahakan sampai jadi. Jika masih tidak dapat, maka mungkin belum masanya lagi.

Jangan memilih sangat bidang kerja untuk peringkat awal. Lebih baik bekerja dalam bidang lain untuk dapatkan pengalaman berbanding tunggu kerja yang diidamkan namun tidak pasti boleh dapat atau tidak. Ingat, masa itu emas, maka jangan bazirkan begitu sahaja kerana setiap saat itu berharga.

Anda boleh kumpul apa-apa pengalaman kerja untuk 1-2 tahun pertama. Tak semestinya kena ikut bidang pengajian. Sebab apa? Sebab 1-2 tahun pengalaman kerja ini akan mendedahkan anda untuk cara bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi dengan orang lain, memahami working culture dan sebagainya. Anggaplah 1-2 tahun pertama ni untuk dapatkan pengalaman kerja.

Lebih terperinci, benda yang anda akan lalui dan pelajari antaranya adalah seperti berikut:

  • Cara untuk berurusan dengan orang lebih senior atau tua dari anda
  • Cara berurusan dengan rakan sekerja berbeza agama dan bangsa
  • Cara membuat kerja harian
  • Cara berkomunikasi dengan pekerja berbeza jantina
  • Cara berfikir untuk menyelesaikan masalah
  • Cara menangani tekanan dalam bekerja
  • Cara mengurus kerja, menyusun kerja
  • Cara menyesuaikan diri dengan norma syarikat

Percayalah, perkara di atas mungkin nampak macam mudah. Tapi sebenarnya perkara ini adalah asas yang sangat penting. Gagal menguasai asas ini akan menyebabkan anda tidak disenangi dalam syarikat. 

Anda perlu keluar dari dunia belajar sebab dunia belajar sudah dan akan tamat. Maka anda perlu menyesuaikan diri anda dengan dunia kerjaya.

Selepas kumpul pengalaman kerja, cubalah masuk balik dalam bidang (jika memang berniat nak masuk balik dalam bidang). Jika tidak, itu terpulang pada kita. Kita fikir sebaik-baiknya untuk masa depan kita. Apa yang penting, bila dah tekad, kita perlu teruskan perjuangan. Kita buat keputusan based on the circumstances on that particular time.

Apa yang penting, amalkan petua DUIT. D untuk doa. U untuk usaha. I untuk istiqamah. T untuk tawakal. Doa yang baik-baik. Pada masa yang sama, usaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Pastikan usaha itu konsisten atau istiqamah, jangan terhantuk baru terngadah. Bila semua dah cuba, berserah kepada Yang Maha Esa. Yang penting kita dah laksanakan yang terbaik.


Perkara #6

KERJA SENTIASA BALIK ON TIME

REALITI: KITA MEMANG PATUT BALIK KERJA ON TIME, MELAINKAN SITUASI TERTENTU

Isu balik on time dan balik lewat ni selalu dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Kalau boleh, semua orang nak balik on time, termasuklah saya sendiri.

Bagi saya, tidak salah balik on time. Sebab kita bekerja mengikut perjanjian dalam surat tawaran.

Cuma, pastikan datang kerja tepat pada masanya. Jika masuk kerja pukul 8.30 pagi maka pastikan sampai pejabat sebelum jam 8.30 pagi.

Sekiranya ada hal-hal tertentu yang menyebabkan kita lewat datang ke pejabat, maka maklumkan kepada penyelia, pengurus dan rakan sekerja.

Pastikan kita betul-betul manfaatkan masa kerja dengan buat kerja, bukannya curi tulang dan pandang sambalewa.

Sekiranya anda lewat datang kerja, anda juga boleh cukupkan jam bekerja. Sebagai contoh, anda masuk kerja jam 8.30 pagi tetapi pada hari itu anda terlewat 15 minit (8.45 pagi), maka anda baliklah jam 5.45 petang. Professional courtesy.

Janganlah datang lewat dengan sengaja, lepas tu nak balik on time. Dari segi etika memang salah, dan dari segi polisi atau peraturan syarikat pun memang dah salah. Anda boleh dikenakan tindakan tatatertib atas perkara ini.

Sekiranya ada projek-projek tertentu atau kerja mustahak yang memerlukan anda bekerja lebih masa atau stayback, maka itu cerita lain. Anda boleh berunding dengan majikan untuk masuk lewat sedikit pada keesokan harinya atau cukupkan dan gantikan jam bekerja lebih masa dengan leave in lieu.

Jika rakan sekerja pandang pelik bila anda balik on time, jangan hiraukan sangat. Asalnya, bukannya dosa besar balik on time. Lainlah kalau memang ada kerja, kemudian kita selamba je balik. 

Selain itu, jika rakan sekerja asyik memerli balik kerja awal (walaupun hakikatnya memang dah selesai kerja untuk hari itu / memang tak ada kerja urgent), maka persekitaran tempat kerja itu agak toksik.


STAYBACK CULTURE

Stayback culture adalah perkara yang tidak berapa elok sebenarnya. Sekiranya anda balik lewat tetapi tiada elaun, bayaran tambahan diberikan, lebih baik anda balik rumah.

Ada orang stayback sebab nak tunggu kesesakan lalu lintas reda. Ada yang nak solat siap-siap sebelum balik. Untuk perkara ni, tiada masalah.

Yang jadi masalah ialah bila seseorang itu stayback sebab ada agenda politik office. Sebagai contoh, nak tunjuk dia paling rajin dekat office dan semua orang kena jadi macam dia. Sebagai contoh, hantar emel kerja pada jam 10.00 malam. Dengan tanggapan bila boss tengok, "ohh, rajin dia ni, pukul 10.00 malam pun masih bekerja".

Perkara sebegini adalah politik dalam kerja. Setiap syarikat ada politik kerja, sama ada kuat atau tidak sahaja.

Stayback culture mungkin tidak memberi kesan sangat kepada orang bujang dan orang yang kurang komitmen tetapi ianya akan memberi kesan kepada pekerja yang sudah berkahwin dan mempunyai banyak tanggungjawab.


Perkara #7

KITA HANYA BUAT KERJA BASED ON JOB SCOPE

REALITI: ADA WAKTU KITA AKAN BUAT KERJA LUAR JOBSCOPE ATAU ADHOC ATAU KERJA YANG MELIBATKAN PASUKAN / PROGRAM

Ada kerja yang memang fokusnya buat kerja berdasarkan job scope. Sungguhpun begitu, ada juga pekerjaan yang akan ada kerja-kerja adhoc dan luar job scope.

Kepada para graduan, perkara ini bakal berlaku kepada anda. Selagi mana kerja hakiki melebihi kerja adhoc atau luar jobscope, maka itu okay lagi. Sebab kebiasaannya dalam offer letter, majikan akan tulis di perkara akhir, "assist adhoc task as required by company". Lebih kurang macam ni la. Maka baca offer letter betul-betul sebelum sign offer letter kerja.

Namun, jika kerja adhoc melebihi kerja hakiki, dan syarikat mempersoalkan anda kenapa tidak boleh selesaikan kerja hakiki, maka itu antara tanda red flag syarikat. Sebab kita bukan robot untuk jadi multi task buat semua benda dalam satu masa.

Dari sudut positif, anda dapat belajar banyak perkara, which is very good for your experience and portfolio. Dari sudut negatif, kerja hakiki anda tidak bergerak dan ini mengakibatkan anda perlu kerja lebih masa, stress dan sebagainya.

Memang betul kita boleh prioritize kerja namun kita sepatutnya bekerja dalam waktu bekerja sahaja. Jika kerja selalu dibawa balik ke rumah, maka akan timbul masalah di rumah pula. Mungkin boleh bergaduh sesama pasangan dan sebagainya.

Jika perkara ini terjadi, anda boleh menyuarakan perkara ini dalam mesyuarat jabatan atau berjumpa dengan supervisor / manager untuk bercakap mengenai perkara ini.

Communicate with your supervisor or manager and try to get mutual understanding or win-win situation or work out the best possible solution.


KESIMPULAN

Dunia kerjaya ni keras. Tak sama langsung macam dunia belajar. Dunia belajar anda masih boleh buat kesilapan sebab anda belajar. Dunia bekerja, jika anda buat silap, anda berisiko untuk dipecat, digantung dan diambil tindakan selanjutnya kerana setiap kesilapan yang anda buat, syarikat perlu tanggung kerugian.

Maka buatlah persediaan rapi di kampus supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sertai kelas, program, kursus dan mantapkan skill-skill dan sebagainya.

Selain itu, kuatkan mental agar anda boleh survive dalam dunia kerjaya. Jangan mudah berputus asa sebab dunia kerjaya memang perlu cekal.

One more thing, the world doesn’t revolves around you. You need to evolve with the world.

Jangan buat assumption bahawa anda boleh dapat kerja dengan mudah selepas graduate sebab anda ada CGPA bagus atau skill bagus atau kedua-duanya bagus. Sebab nak mohon kerja tak semudah yang disangka. Pengalaman saya mencari kerja: https://www.azaraslan.com/2020/03/kini-bukan-lagi-pengganggur.html dan https://www.azaraslan.com/2020/02/peritnya-mencari-kerja-baharu.html

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Terima kasih. Mohon maaf atas kekurangan.


#ascar2023 #fsppp #uitm #azaraslan

Catat Ulasan

0 Ulasan