12 Jenis Jurusan Yang Boleh Disambung Selepas Menamatkan Diploma Pentadbiran Awam

Photo by Pixabay from Pexels


Sekiranya anda berada di halaman ini, maksudnya anda sedang mencari maklumat mengenai jurusan apa yang boleh disambung selepas menamatkan Diploma Pentadbiran Awam.

Setelah menamatkan Diploma Pentadbiran Awam, terdapat beberapa jenis degree atau ijazah yang boleh diambil bagi melanjutkan pengajian. Berikut adalah beberapa contoh popular:


1. Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran: Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran adalah pilihan utama atau first choice bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Jurusan ini adalah lanjutan bagi Diploma Pentadbiran Awam. Untuk maklumat lanjut mengenai jurusan ini, boleh baca artikel berikut: https://www.azaraslan.com/2021/07/apa-itu-ijazah-sarjana-muda-sains.html


2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat: Sekiranya anda tidak berminat dalam pentadbiran kerajaan, politik atau sektor awam, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil jurusan ini. Pentadbiran korporat lebih fokus kepada syarikat atau sektor swasta. Kerjaya yang didambakan oleh graduan jurusan ini ialah untuk menjadi seorang Setiausaha Syarikat atau Company Secretary (CoSEC). Maklumat lanjut mengenai ijazah ini boleh didapati di sini: https://fsppp.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate/degree/bachelor-of-corporate-administration-hons-am225 


3. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar: Jurusan ini adalah pilihan yang baik jika anda berminat dalam isu-isu dan kelestarian alam sekitar. Program ini memberikan pemahaman tentang aspek seperti sustainable development goals (SDG), pengurusan sumber alam, pemuliharaan alam sekitar, perancangan dan strategi pembangunan kelestarian alam sekitar dan dasar awam alam sekitar. Program ini boleh membuka peluang kerjaya dalam sektor awam, badan bukan untung, agensi penguatkuasaan alam sekitar atau syarikat swasta yang berfokus pada kelestarian alam sekitar. Baca di sini: https://fsppp.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate/degree/bachelor-of-environmental-administration-hons-am226


4. Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sumber Manusia: Ramai juga rakan-rakan batchmate sewaktu DPA yang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang sumber manusia atau berhajat nak jadi seorang pegawai HR / Recruiter, inilah pilihan yang sesuai. Ijazah ini menumpukan aspek pengurusan sumber manusia seperti recruitment, training and development, performance management, industrial relations dan lain-lain. Semasa DPA, anda juga telah mempelajari subjek ini di awal tahun pengajian. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit gambaran dan asas mengenai jurusan ini. Baca sini: https://fbm.uitm.edu.my/index.php/ba243-human-resources-management


5. Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Bisnes: Jurusan pengurusan ini mencakupi pelbagai aspek. Ianya meliputi bidang seperti organizational behaviour, kewangan, pengurusan sumber manusia, dan perancangan strategik selain memberikan pemahaman yang holistik tentang prinsip perniagaan. Sebagai pelajar DPA, anda telah didedahkan dengan ilmu-ilmu pengurusan, maka anda boleh pilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengkhususan yang anda minat. Boleh baca di sini: https://fbm.uitm.edu.my/index.php/academic/programmes


6. Ijazah Sarjana Muda dalam Hubungan Antarabangsa: Masih ingat subjek Contemporary Issues in Southeast Asia (CaSEA)? sewaktu belajar DPA? Jika anda berminat dengan subjek tersebut, mungkin anda sebenarnya berminat dengan hal ehwal antarabangsa dan isu global serta glokal. Jurusan ini akan membawa anda untuk mempelajari tentang diplomasi, geopolitik, perjanjian antarabangsa, organisasi antarabangsa dan hubungan antarabangsa. Dengan jurusan ini, anda boleh bekerja di kedutaan, bekerja dalam bidang hal ehwal antarabangsa. Jurusan ini hanya ada di peringkat master UiTM. Bagi peringkat degree, setahu saya ada di UM, UKM, UMS,  UniMAS dan UUM.


7. Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang: Ni juga antara jurusan popular. Ramai rakan-rakan DPA menyambung law sebab mereka nak jadi lawyer atau prosecutor. Bagi mereka yang berminat dalam aspek undang-undang, ini adalah pilihan yang relevan. Ijazah ini akan memfokuskan pelbagai jenis undang-undang. Sewaktu DPA, anda telah belajar tiga jenis subjek undang-undang iaitu Malaysian Legal System (MLS), Administrative Law dan Business Law. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit asas dan gambaran untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Baca sini: https://law.uitm.edu.my/index.php/home/undergraduate


8. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik: Jika anda mempunyai minat dalam politik, pentadbiran dan pembuatan dasar, maka ijazah ini adalah pilihan yang baik. Program ini memberi tumpuan kepada kajian sistem politik, dasar awam, hubungan antarabangsa, dan teori politik. Ianya boleh memberikan asas yang kukuh untuk kerjaya dalam pentadbiran awam atau bidang berkaitan. Dengan jurusan ini, anda boleh juga pertimbang untuk menjadi seorang penganalisis politik atau penganalisis dasar. Antara universiti yang menawarkan jurusan ini ialah UKM: https://www.ukm.my/portalukm/ms/prasiswazah/sarjana-muda-sains-sosial-dengan-kepujian-sains-politik/


9. Ijazah Sarjana Muda Sosiologi atau Sains Sosial: Jika anda berminat untuk memahami masyarakat, dinamik sosial dan pembangunan komuniti, ijazah ini sesuai untuk anda. Program ini meneroka topik seperti social equality, social change dan community development. Pengetahuan seperti ini relevan dalam peranan pentadbiran awam untuk memahami dan membangunkan komuniti setempat. UMS menawarkan jurusan ini: https://bpa.ums.edu.my/images/dokumen/Prospektus/2022/FSSK/PENGENALAN.pdf


10. Ijazah Sarjana Muda Dasar Awam (Public Policy): Program ijazah ini memberi tumpuan kepada analisis, pembangunan, dan penilaian dasar awam. Jurusan ini akan melengkapi pelajar dengan kemahiran penyelidikan dasar, kemahiran analisis serta berfikiran kritis. Jika anda berminat untuk bekerja sebagai perangka dasar, penganalisis dasar dan perancang strategi, maka jurusan ini adalah jurusan yang tepat. Kebanyakan jurusan ini berada di peringkat master. Jika di peringkat degree, antara IPT yang menawarkannya ialah UniRAZAK: https://unirazak.edu.my/courses/bachelor-of-arts-in-governance-and-public-policy-honours/


11. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi: Ada juga rakan DPA saya yang sambung dalam bidang komunikasi. Jika anda berminat dalam komunikasi, perhubungan awam (PR) atau pengurusan media, ijazah dalam bidang komunikasi adalah pilihan terbaik. Jurusan ini dapat memberikan anda pengetahuan dalam strategi berkomunikasi, penulisan media dan banyak lagi. Contoh kursus: https://apb.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate


12. Ijazah Sarjana Muda Kewangan: Jika anda berminat dalam bidang kewangan dan perbankan, ijazah ini dapat membekalkan anda dengan pengetahuan tentang analisis kewangan, pengurusan risiko, dan aspek-aspek penting dalam kegiatan perniagaan. Ianya juga dapat membuka peluang kerjaya dalam sektor awam atau swasta yang berkaitan dengan kewangan. Contoh: https://fbm.uitm.edu.my/index.php/ba249-islamic-banking


KESIMPULAN

Jenis ijazah yang boleh diambil selepas Diploma Pentadbiran Awam adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Oleh sebab itu, anda perlu membuat kaji selidik program-program yang ditawarkan di Malaysia ataupun luar negara.

Jenis ijazah yang disebutkan di atas adalah contoh sahaja. Ada banyak lagi ijazah yang boleh diceburi. Sebab apa? Sebab DPA adalah jurusan jack of all trades, boleh terjah macam-macam bidang.

Yang penting jangan main masuk je. Kaji dulu. Buat pilihan dengan bijak. Yang penting jangan buat keputusan sebab nak ikut kawan. Buat keputusan ikut kehendak diri sendiri. Sebab kita sendiri yang kena tempuh jurusan ni.

Semoga artikel ringkas ini membuka mata anda mengenai jurusan yang boleh dipilih selepas menamatkan DPA.

Sekian, terima kasih.

#azaraslan

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. As salam tuan azar, nak tanya betulkah graduan ijazah Sains Pentadbiran lebih senang nak dpt kerja kerajaan sepanjang pengalaman tuan melihat graduan2 BAS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Nak kata senang tu tak juga. Batch saya yang dapat jadi PTD, seingat saya tiada. Yang jadi pegawai kerajaan tu tak ramai. Mungkin 10% sahaja yang masuk kerajaan. Boleh dikatakan 90% masuk swasta / kerja sendiri / buat bisnes.

      So sebenarnya, ikut rezeki masing-masing juga. Yang penting usaha.

      Padam