Dua minggu lepas, mileage dah cecah 16,802km. Maka, saya pergi tukar belting. Rancangannya nak tukar ikut saranan manual (12,000km), tapi dek kekangan kerja dan masa, asyik tak sempat je.
Berikut adalah keadaan belting Husky 150 pada kilometer 16,802, iaitu tiada rekahan, cuma dah sedikit mengeras.
Setakat 16,802km ni pun, tiada bunyi pelik-pelik, pickup masih normal, tiada getaran ataupun "jerk" waktu nak jalan.
Husky ni buat daily ride kerja dari Rawang ke Petaling Jaya, sehala 50km+-. Pergi balik 100km+-. Saya ni sejenis yang bawa santai-santai, kelajuan antara 80km-100km/j sahaja, bukan sejenis yang pulas throttle.
Pomen kata boleh je nak lajak sampai 20,000km. Sebab brand Bando ni bagus dan tahan lasak. Tapi memandangkan saya dah sampai bengkel dan memang berhasrat nak tukar atas faktor keselamatan, maka saya tukar je.
Next time maybe saya akan tukar setiap 20,000km.
Rakan-rakan rider yang lain macam mana? Bila korang tukar belting? Boleh la share pengalaman masing-masing kalau tak keberatan.
Perkongsian:
Berikut adalah senarai Mforce Authorised Dealer di platform Shopee, kalau nak beli belting. Ni setakat yang saya tahu la. Mungkin ada lagi kedai lain.
1st Motorparts: https://s.shopee.com.my/7APJZwpDOT?share_channel_code=1
EMforce Motorparts: https://s.shopee.com.my/8KbGxrh4zc?share_channel_code=1
Kalau nak beli barang kat Shopee, harini banyak baucar dan sale, sempena Shopee Payday Sales 25.5.2025.
Saya juga ada listkan barang-barang motor seperti intercom, box, phone holder, payung untuk phone holder, phone cover waktu hujan, set baju hujan, helmet dan lain-lain. Barang yang saya list tu barang yang saya dah beli dan dah pakai. Boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Sekian sahaja perkongsian saya, terima kasih.
Azeem Raslan
#Azaraslan
Catat Ulasan