Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Hari ini, genap setahun SYM Husky 150 saya.
Mileage pun dah cecah 20K+-. Habis dah warranty.
Setakat pakai mileage 20K+- ni, skuter ni tak ada apa-apa masalah (kecuali part kena grind bucu sebab motor saya yang 1st batch). Boleh jadi sebab saya servis on time dan sejenis yang bawa style abah-abah. Masalahnya hanyalah asyik rasa nak ride je hahaha. Ride dengan pasangan je. Cuma tak dapat la nak ride selalu sebab komitmen kerja dan keluarga.
Awal-awal beli motor, kosong je. Kumpul duit sikit-sikit, beli la crash bar, seat cover, top box, top rack dan lain-lain. Nampak la makin segak skuter ni. Barang-barang ni semua saya listkan di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Peranan utama skuter ni digunakan untuk ulang alik kerja 50km+- sehala. (Pergi balik 100km+-)
Selain itu, pergi la jalan-jalan. Setakat ni dah naik Genting Highlands dan Bukit Fraser. Next destination, plan nak ke Cameron Highlands dan Bukit Tinggi.
Puas hati pakai. Semoga jentera ini tahan lama.
Azeem Raslan
Catat Ulasan