Shopee



𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗙𝗛𝗜 𝗔𝘀𝘀𝘂𝗻𝘁𝗮 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹


Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang terlibat secara langsung dalam Majlis Jelajah MADANI Baby-Friendly Hospital Initiative (BFHI) Assunta Hospital 2025.


Tugasan saya bermula jauh sebelum hari acara. Peranan utama saya ialah menyediakan teks ucapan rasmi dalam Bahasa Melayu untuk Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta dan YB Timbalan Menteri Kesihatan. Bagi ucapan YB khususnya, saya perlu bekerja rapat dengan pegawai kementerian bagi memastikan setiap fakta, isi kandungan dan gaya bahasa adalah tepat serta menepati protokol.


Cabaran timbul apabila terdapat perubahan senarai VIP pada saat akhir, dan YB tidak dapat hadir kerana urusan di Parlimen. Maka teks ucapan perlu diubah suai agar sesuai disampaikan oleh wakil YB, iaitu Dr. Ismuni. Situasi ini mengajar saya untuk menjadi fleksibel dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.


Saya juga terlibat dalam urusan protokol yang lain iaitu menyusun atur cara majlis dan membantu juruacara majlis dalam pembikinan skrip.


Selain itu, saya turut menguruskan jemputan media, menyediakan e-fail akhbar dan menghantar siaran akhbar kepada pihak media. Alhamdulillah, usaha itu membuahkan hasil apabila ada media yang menyiarkan liputan berdasarkan bahan yang disediakan.


Semasa program, saya ditugaskan untuk mengendalikan multimedia iaitu memainkan video, menyediakan muzik yang bersesuaian dengan atur cara dan momentum majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Jika dilihat kembali, semua tugasan yang saya buat ini dibantu oleh pengalaman kerja yang saya pernah lalui sebelum ini. Pengalaman selaku bekas guru sandaran subjek Bahasa Melayu di SMK Seksyen 19, pengalaman dalam pengurusan media semasa bekerja di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan pengalaman bekerja sebagai jurufoto rasmi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), semuanya memberi nilai tambah pada peranan saya kali ini.


Walaupun pekerjaan hakiki saya sebenarnya ialah seorang Eksekutif Kanan Pemasaran Digital, namun pengalaman ini mengingatkan saya bahawa kemahiran komunikasi, perhubungan awam dan protokol tetap relevan dan saling melengkapi dalam apa jua bidang yang diceburi.


Terima kasih Jawatankuasa BFHI Hospital Assunta atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.


#Azaraslan






Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder