Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Mileage Husky saya dah melebihi 20K KM. Minggu lepas, saya cuba la check kecekapan bahan api selepas 20K KM macam mana.
Saya isi full tank pada mileage 22,074km.
Indicator minyak mula keluar pada mileage 22,628km.
Total perjalanan tangki penuh sampai keluar indicator minyak ialah 554km.
Faktor yang mungkin mempengaruhi kecekapan bahan api adalah seperti berikut:
- Kelajuan saya bawa biasanya antara 60km/j - 100km/j. Bawa style abah-abah. Tak pulas throttle habis. Tak kejar kelajuan.
- Pergi kerja seorang sahaja. Tiada pembonceng / pillion.
- Berat saya dalam 65kg. Boleh jadi kurang beban pada enjin.
- Saya bawa 100km round trip (50km sehala). 70% atas highway, 30% town.
- Sentiasa servis motor on time. Minyak enjin full synthetic gred API SN, salin setiap 5000km. Sentiasa check angin tayar setiap 2 minggu.
Bagi saya selaku pembawa kapcai Suzuki Shogun Axelo 125 yang tangki kecil (4.1 liter), makan minyak, kena isi minyak hari-hari sebelum ni, saya rasa Husky ni jimat dari segi masa dan juga pengisian petrol. Mungkin tidaklah banyak sangat penjimatannya, tetapi ada.
Sungguhpun begitu, perihal kecekapan bahan api / petrol ni agak subjektif. Ada orang kata jimat, ada orang kata tak jimat. Ada orang kata rasa macam jimat sebab tangki dia besar. Ada yang rasa biasa je.
Sekian sahaja perkongsian saya berkenaan petrol.
NOTA TAMBAHAN:
Saya juga ada listkan barang-barang motor seperti intercom, box, phone holder, payung untuk phone holder, phone cover waktu hujan, set baju hujan, helmet dan lain-lain. Barang yang saya list tu barang yang saya dah beli di Shopee dan dah pakai. Boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih.
Azeem Raslan (AZAR)
www.azaraslan.com
#Husky150 #SYMHusky150
Catat Ulasan