Shopee


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera geng Husky.


Posting kali ini, saya nak share pengalaman pertama saya tukar brake pad. Mileage masa tukar ialah 23,765 km. Usia Husky dah 1 tahun 2 bulan.



Keadaan Brake pad belakang (rear)

  • Yang lama dah nipis. Rujuk gambar.
  • Kalau lajak lebih lama lagi, akan ada risiko besi bergesel dengan disc dan akan mengakibatkan disk bercalar.
  • Jangka hayat ikut pengalaman saya ialah antara 20,000 km ke 25,000 km. Sungguhpun begitu, ini juga bergantung kepada cara kita ride.



Keadaan Brake pad depan (front)

  • Lepas hampir 24,000 km, nampak masih tebal macam baru. Rujuk gambar.
  • Ikut kata pomen, anggaran boleh tahan sampai 40,000 km – 50,000 km.
  • Hal ini normal sebab kebanyakan kita lebih banyak guna brake belakang untuk berhenti dan memperlahankan skuter. Brake depan lebih kepada emergency.


Kesimpulan:

  • Boleh dikatakan brake pad original Husky memang tahan lasak, cuma masih bergantung pada cara tunggangan setiap orang. Saya tunggang 100km round trip, daily ride kerja dari Rawang ke Petaling Jaya. 70% atas highway, 30% town.
  • Riding atas highway akan menjadikan skuter berada dalam mod steady speed. Riding dalam town pula banyak stop and go. Ini juga memainkan peranan terhadap tahap kehausan brake pad.
  • Jika bawa pillion atau barang berat dalam box atau bawah seat, ini juga berupaya memberi tekanan tambahan pada brake pad. Saya ride solo pergi kerja. Jadi, ini juga boleh menyebabkan brake pad tahan lama.
  • Husky punya brake pad belakang memang lebih cepat habis berbanding depan, sebab kita banyak guna brake belakang.
  • Biasanya rider akan tengok tanda alur pada brake pad. Kalau alur tu dah hampir rata, maksudnya dah sampai masa untuk tukar. Tu pun boleh jadi indicator juga. Saya tukar untuk langkah selamat sebab ride jauh.


Saya beli brake pad ni kat Shopee Seller yang Authorised Mforce Dealer. Harga berpatutan & confirm original. Kalau ada yang nak membeli, boleh tekan link ni: https://s.shopee.com.my/2B5CL3FoEy?share_channel_code=1


Jika ada yang ragu-ragu dengan Shopee Seller mana satu yang original, saya ada buat satu posting dekat sini: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/3966724373603585/


Jika ada yang mencari barang-barang Husky seperti belting original, fuel filter dan air filter yang original, saya juga ada listkan di Linktree saya: https://linktr.ee/azaraslan


Korang pula tukar brake pad pada mileage bila?


Semoga perkongsian ini bermanfaat, sekian terima kasih.


Azeem Raslan (AZAR)

www.azaraslan.com


#Azaraslan #SYMHusky150

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder