Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Posting kali ini saya nak cerita pasal ride Husky ke Bukit Tinggi bersama isteri pada 5.9.2025.
Kali ini perjalanan agak panjang:
Rawang -> Klang -> Bukit Tinggi -> Rawang.
Riding Experience Waktu Mendaki:
- Waktu ride, cuaca mendung.
- Saya maintain kelajuan dalam 30–50 km/j sahaja semasa mendaki. Jalan elok dan luas di sesetengah bahagian.
- Jalan ke Bukit Tinggi ni antara port best untuk layan corner. Sungguhpun begitu, kena hati-hati sebab ada selekoh tajam yang boleh buat overshoot kalau bawa laju.
Destinasi KE Colmar Tropicale
- Dekat sini ada tiket masuk: RM14 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak.
- Nak bayar tiket, boleh guna kad debit atau kad kredit.
- Dekat atas sana, tak ada dedicated parking untuk motor, jadi rider boleh parking sahaja dekat kawasan kereta.
- Dekat atas tu memang berbaloi kalau anda sejenis yang suka tangkap gambar. Banyak kawasan insta-worthy, sebab suasana ala-ala French village. Waktu saya sampai, boleh dikatakan setiap family ada monopod untuk bergambar.
Riding Experience Waktu Menurun:
- Waktu turun, jalan dia lebih landai berbanding mendaki.
- Jangan bawa laju sangat. Ada tendency untuk overshoot. Maka, hati-hati bila bawa motor.
- Waktu saya turun, saya banyak main brek berbanding pulas throttle. Saya cruise je.
- Saya bawa 30–50 km/j untuk kawalan lebih baik.
Overall?
- Perjalanan ride kali ni puas hati. Laluan Bukit Tinggi menghala Colmar Tropicale memang sesuai untuk mereka yang nak layan corner dan juga santai-santai.
- Motor Husky 150 memang steady, tak ada masalah mendaki. Petrol maintain jimat macam biasa.
- Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1
NOTA TAMBAHAN:
Senarai barang ride yang saya pakai (intercom, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Pengalaman saya ride ke Bukit Fraser: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/4083855995223755/
Pengalaman saya ride ke Genting Highlands: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/3894342204175136/
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih.
Azeem Raslan (AZAR)
azaraslan.com
#SYMHusky150 #Husky150
Catat Ulasan