Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Sejak dua menjak ini, dunia kembali bercakap tentang flotilla. Walaupun bukan kali pertama ia dianjurkan, setiap kali nama ini muncul, ia pasti jadi perhatian ramai. Dari media arus perdana, aktivis kemanusiaan, hinggalah ke orang awam, semua ingin tahu apa sebenarnya flotilla ini, kenapa ia penting dan bagaimana ia memberi kesan kepada penduduk di G dan kerajaan IS.
Artikel ini bukan sekadar catatan berita, tetapi kupasan GSF dari sudut kemanusiaan, strategi politik dan solidariti peringkat antarabangsa.
Apa Itu Global Sumud Flotilla (GSF)?
GSF ialah sebuah inisiatif antarabangsa yang menghimpunkan aktivis, doktor, ahli politik, NGO dan sukarelawan dari seluruh pelusuk dunia untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke G.Matlamatnya bukan sekadar membawa ubat, makanan atau bekalan asas. GSF ialah isyarat kepada dunia bahawa rakyat P tidak keseorangan.
Fakta ringkas:
- Konsep flotilla (kapal konvoi ke G) bukan benda baharu. Ia sudah beberapa kali dianjurkan sejak lebih sedekad yang lalu.
- Peserta datang daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa.
- Kapal sering berdepan risiko seperti ditahan, dihalang, malah ada yang diserang oleh pihak IS.
Kenapa GSF Penting?
Menyuarakan Hak Asasi
Penduduk G sudah lama hidup dalam keadaan terputus bekalan asas. Flotilla menjadi suara global yang menuntut hak mereka.Tekanan Moral Kepada IS
Walaupun IS berjaya menghalang kapal, imej mereka tetap terjejas di mata dunia. Setiap kali flotilla dihalang, cerita itu masuk ke media antarabangsa.Mengingatkan Dunia
Bila media global beralih fokus kepada isu lain, flotilla muncul kembali sebagai “alarm” yang mengingatkan orang ramai bahawa krisis kemanusiaan di G belum selesai.GSF Adalah Soal Kemanusiaan
Ramai yang fikir G = isu agama semata-mata. Tetapi hakikatnya, GSF ialah solidariti merentas agama dan bangsa.Di atas kapal, ada orang yang berbilang fahaman agama, aktivis sekular, malah ada orang biasa yang tidak terikat dengan mana-mana ideologi. Mereka turut serta sebab mahu berdiri utuh bersama mangsa penindasan.
Ini menjadikan GSF lebih kuat. Ini bukan agenda satu kumpulan, tetapi agenda manusia sejagat.
Perspektif Politik & Strategi
Selain bantuan kemanusiaan, GSF juga ada nilai politik tersendiri:- Strategi Media: Walaupun kapal mungkin tidak sampai sebab misi ini hampir mustahil, berita tentang flotilla pasti sampai. Ini menjadikan ia “senjata diplomasi awam” yang berkesan.
- Tekanan Antarabangsa: Setiap penahanan atau sekatan ke atas flotilla memberi tekanan moral kepada IS.
- Kuasa Suara Awam: Kadang-kadang suara rakyat dunia lebih kuat daripada resolusi rasmi lagi-lagi apabila masyarakat dunia bersatu hati.
Masa Depan GSF
GSF pasti akan berdepan dengan halangan lagi. Kendati pun begitu, ia sudah menjadi simbol berterusan solidariti peringkat global. Setiap kali ia dianjurkan, ia membawa mesej yang sama: manusia tidak boleh berdiam diri bila ada kezaliman.Bagi penduduk G, melihat flotilla yang datang dari jauh pun sudah cukup memberi semangat bahawa perjuangan mereka tidak sunyi.
Apa Peranan Kita?
Mungkin ada yang terfikir, “saya bukan aktivis, bukan doktor, bukan ahli politik, apa yang mampu saya buat?” Hakikatnya, setiap orang ada ruang untuk menyumbang. Kita boleh sebarkan kesedaran di media sosial, sokong NGO yang benar-benar telus menyalurkan bantuan, menyertai kempen derma atau sekadar berbicara tentang isu ini dalam komuniti kita.
Walaupun kecil, setiap suara menyumbang kepada gema solidariti global. Dunia hari ini bergerak dengan naratif Setiap perkongsian, setiap ciapan, setiap doa adalah sebahagian daripada usaha menentang penindasan.
Soalan Cepumas
Berikut adalah antara soalan-soalan yang saya jumpa di posting orang lain. Berikut adalah pandangan saya:
Kenapa nak buat kerja sia-sia? IS akan tangkap juga.
Sebenarnya usaha ini tidak sia-sia. Walaupun kapal tak lepas nak masuk G, impak sebenar flotilla ialah kesedaran global. Bila flotilla ditahan, berita masuk media antarabangsa → imej penindas tercalar → tekanan diplomatik meningkat. Itu sendiri adalah kejayaan.
Kenapa tak hantar lelaki je pergi?
Sebab flotilla bukan misi perang, tapi misi kemanusiaan. Pesertanya datang dari NGO, doktor, ahli politik, aktivis, wartawan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kehadiran wanita juga menunjukkan bahawa solidariti ini bukan soal jantina, tapi soal manusia.
Selain itu, kalau misi ini berjaya menjejakkan kaki ke bumi G, wanita diperlukan untuk memberikan sokongan emosi, sentuhan dan naluri keibuan yang berbeza daripada lelaki.
Kenapa tak hantar askar je?
Flotilla bukan operasi ketenteraan, tapi misi awam. Kalau askar yang pergi, ia akan jadi konflik perang terbuka.
Kenapa tak ikut laluan darat dan udara?
Laluan darat & udara ke Gaza memang dikawal ketat sejak dulu lagi. Laluan darat: pintu Rafah (Mesir) buka tutup ikut keadaan politik. Laluan udara: ruang udara ditutup secara total. Satu-satunya cara simbolik yang masih ada ialah laluan laut, walaupun risiko tinggi.
Kesimpulan
GSF bukan sekadar konvoi kapal. Ia adalah manifestasi harapan, solidariti dan suara kemanusiaan seantero dunia. Walaupun ada risiko dan halangan, kapal konvoi tetap bergerak, tetap muncul dan tetap menjadi simbol perjuangan.Bagi kita yang jauh, mungkin tidak mampu sertai flotilla. Tetapi sekurang-kurangnya, kita boleh sebarkan kesedaran di media sosial, berdoa untuk mereka dan menolak penindasan dalam apa jua bentuk.
Anda tak perlu jadi seorang Melayu dan Islam dalam hal ini. Sebab apa? Sebab ini adalah hal kemanusiaan.
Semoga mereka yang terlibat dalam misi ini dipermudahkan urusan dan pulang ke tanah air dengan selamat. Amin.
#GSF #GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara
Catat Ulasan