Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.
Kali ini saya nak mengupas tentang cerita drama dan filem.
Apabila kita sebut Korea Selatan / South Korea, saya rasa antara perkara utama yang terlintas dalam fikiran orang ramai ialah drama yang meletup, filem menang anugerah atau pelakon yang dikenali satu dunia.
Tapi sebenarnya, kejayaan itu bukan kebetulan. Di sebalik cerita mereka yang bersungguh-sungguh, realistik dan best ni adalah sebab ada sistem, strategi dan mindset yang jelas di belakang tabir setiap produksi.
Sebelum anda meneruskan bacaan, saya ingin menjelaskan bahawa kupasan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. alert-info
1. Polisi dan Ekosistem Industri Yang Kuat
- Basic Law for the Promotion of Cultural Industries: mengiktiraf industri kreatif sebagai sektor ekonomi rasmi.
- Korea Creative Content Agency: memberi dana, sokongan dan akses global.
Hasilnya, cerita Korea bukan sekadar hiburan. Ia adalah produk eksport dan aset ekonomi.
2. Fokus pada Ketepatan & Realisme
- Medical advisor dan technical consultant
- Research mendalam untuk memastikan realisme
3. Isu Sensitif Pun Mereka Sentuh Dengan Berani
- Strategi kuasa & manipulasi politik
- Konflik antara kerajaan dan korporat
4. Product Placement Pun Natural
5. Kekuatan Emosi Dalam Penceritaan
Drama dan filem Korea bukan sekadar bercerita. Ia direka untuk membuat penonton rasa sesuatu.
Mereka sangat mahir bermain dengan emosi:
- Sedih sampai menangis
- Bangga & patriotik
- Bersemangat dan terinspirasi
- Empati terhadap watak
Yang menariknya, emosi ini bukan kebetulan. Ia dibina melalui:
- Penulisan skrip yang kuat
- Character development yang mendalam
- Music scoring (OST) yang tepat timing dan menusuk jiwa
- Build-up cerita yang konsisten
Hasilnya, penonton attached secara emosi.
6. Objektif & Impak Sosial Dalam Penceritaan
Drama dan filem Korea bukan sekadar menghibur, tetapi sering membawa mesej dan objektif yang jelas termasuklah membina kesedaran dalam masyarakat.
Sebagai contoh:
- Hospital Playlist: Episod berkaitan pendermaan organ mencetuskan peningkatan kesedaran dan minat orang ramai untuk mendaftar sebagai penderma organ
Yang menariknya, cerita ini tidak terasa seperti kempen atau propaganda. Sebaliknya, mesej disampaikan secara halus melalui jalan cerita dan perkembangan watak.
Hasilnya:
- Penonton lebih mudah menerima mesej
- Wujud perbincangan dalam masyarakat
- Ada perubahan sikap dan kesedaran secara tidak langsung
7. Malaysia: Kita Masih Belum Sampai Tahap Itu
- Drama untuk slot TV
- Ikut formula selamat
- Genre berulang-ulang (curang, rumah tangga, konflik biasa, gangster)
Kesimpulan
Cerita Korea bersungguh-sungguh, realistik dan best sebab mereka anggap hiburan sebagai industri dan aset ekonomi. Mereka labur dalam polisi, sistem, realisme dan audience demanding.
Malaysia pula masih melihat hiburan sebagai “content untuk ditonton”. Selagi mindset ini tidak berubah, kita akan terus menjadi penonton, bukan pemain utama.
Ini sekadar pandangan saya. Sekian, terima kasih.
#Azaraslan

Catat Ulasan