Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Lama dah tak post sini. Last post akhir bulan Januari.
Alhamdulillah, setelah 3 bulan setengah tak bawa Husky, sebab baru lepas menjalani operation buang bisul di groin area, kini luka dah pulih sepenuhnya dan boleh la naik motor slow-slow.
Gian, dah lama tak naik motor. Bila dapat naik, nikmat dia tak terkata. Segala bagi Tuhan Yang Maha Esa atas peluang untuk bagi lagi naik motor.
Sementara itu, bateri original dah kong. Ada cubaan untuk revive balik bateri tapi memang dah tamat riwayat dia. Jadi, saya try beli bateri motor dekat kedai Bateriku, brand GGR. Harga dalam RM120.
Setakat ni dah nak dekat seminggu pakai, tiada masalah.
Kalau nak beli GGR Battery by Bateriku, kod dia YTX7A-BS (MF). Kalau bateri ori kilang YTZ10S (MF).
Saya sertakan sekali gambar untuk tengok sendiri saiz dia.
Jika ada yang berminat nak beli secara online, ni link dia ya: https://s.shopee.com.my/6VKPKqO6yb
Ada yang pernah pakai bateri ni? Kalau ada, boleh la kongsi2 pengalaman di komen. Kot la bateri tak tahan ke atau salah ke (walaupun saiz sama).
P/S: Untuk ketahanan dan kesesuaian lebih lama, pakai kod asal YTZ10S. Saya beli dekat kedai Bateriku sebab ada keperluan nak pakai motor cepat. Terima kasih rakan-rakan group atas info.
Selain itu, sedikit perkongsian kepada geng-geng rider, bisul di groin area ni boleh kena dekat sesiapa sahaja. Doktor pakar beritahu saya, kadang-kadang walaupun kita memang jenis pembersih dan jaga kebersihan diri, benda macam ni tetap boleh terjadi juga.
Faktor yang menyumbang kepada bisul ini ialah:
- Seluar terlalu ketat
- Duduk lama atas motor (menyebabkan geseran dan tekanan berulang)
- Peluh dan kelembapan di groin area
- Kelenjar peluh / folikel rambut / folikel bulu tersumbat atau jangkitan bakteria pada folikel rambut / bulu
Jadi, kalau dah ada benjolan walaupun kecil, pergi klinik jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Macam kes saya, benjolan tu naik mendadak dalam masa 4 hari (saiz 4 x 5cm), menyebabkan saya perlu menjalani pembedahan kecemasan di hospital. Saya ada rakamkan pengalaman saya dalam blog juga. Baca sini: https://www.azaraslan.com/2026/03/pengalaman-saya-menjalani-pembedahan-kecemasan-abscess.html
Semoga semua sihat-sihat sahaja dan tak perlu lalui situasi macam saya ni. Jika terkena, bertabahlah dengan ujian yang diberikan. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Terima kasih semua!
Azeem Raslan
Penulis Blog azaraslan(dot)(com)
---
Jika ada yang mencari barang-barang spare part Husky, baju hujan, intercom, helmet dan sebagainya, saya ada listkan di pautan berikut:
Barang-barang yang saya promote semuanya saya dah pakai.
#SYMHusky150 #Husky150 #Azaraslan


Catat Ulasan