Internship Series: Tips & Tindakan Selepas Tamat Internship




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sidang pembaca sekalian. Semoga semua pembaca dikurniakan rezeki melimpah-ruah, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sebelum ini saya telah berkongsi mengenai:


Kali ini saya ingin berkongsi siri yang seterusnya, barangkali yang terakhir iaitu tips dan tindakan selepas tamat internship. Apa yang perlu anda buat bila hampir tamat atau selepas tamat internship?

Tanpa melengahkan masa, jom kita mula.


-----


01. KEMAS KINI RESUME & CV



Anda dah tamat internship. Tahniah! Sekarang ini, anda kena kemas kini resume dengan pengalaman internship. Masukkan dekat bahagian working experience. Tulis apa yang anda dah buat dekat tempat internship.

Kemudian, segala skills yang anda pelajari dekat tempat internship tu, masukkanlah sekali. Jika ada pencapaian, projek yang dijalankan, boleh masukkan sekali. Sementara fikiran masih fresh dan sementara buku log masih ada, lebih baik kita update resume sebelum kita lupa dan tiada masa.

Untuk bahagian reference, anda boleh contact supervisor anda, minta izin daripada beliau untuk anda letak nama supervisor sebagai rujukan. Barulah mereka aware sekiranya ada bakal majikan call untuk cross check.


02A. SIMPAN SALINAN KERJA-KERJA INTERNSHIP ANDA, BUAT PORTFOLIO



Bila kita buat kerja dekat tempat internship, mesti kita akan ada softcopy dan fail kerja kan? Haa, simpan semua tu. Kalau ada softcopy, haa simpan la dalam pendrive, emel, Google Drive, Dropbox etc. Kenapa nak simpan softcopy? Sebab itu adalah hasil kerja kita. Kita boleh simpan dan jadikan rujukan pada masa akan datang.

File softcopy semua ni boleh susun elok-elok. Buat folder. Categorize your work. Lebih baik categorize awal sebelum sibuk dan tiada masa. Lama-kelamaan nanti confirm anda lupa dan lost track pasal file-file kerja yang ada.

Sekiranya ada salinan kerja dalam bentuk hardcopy, maka simpanlah elok-elok dalam sebuah fail. Buat indexing, kategorikan elok-elok.

Nak buat portfolio pun okay. Especially student yang intern dalam bidang graphic design, videomaking, marketing, architecture dan seangkatan dengannya.


02B. PORTFOLIO NI BOLEH DIBENTANGKAN DALAM BENTUK HARD COPY, SOFT COPY DAN WEBSITE

HARD COPY

Biasanya kita akan prepare portfolio dalam file. Kalau nak lebih kreatif, boleh prepare dalam bentuk booklet atau majalah. Nampak lebih kemas dan cantik tapi kena keluar duit sikit la. Kelebihan printing hard copy ialah interviewer, client boleh pegang hasil kerja kita. Mereka pun akan beranggapan bahawa kita ni betul-betul bersungguh sebab sanggup keluar duit untuk print portfolio.


SOFT COPY

Nak tunjuk dalam bentuk soft copy pun boleh semasa interview atau jumpa client dan sebagainya. Nak tunjuk soft copy portfolio ni, kena susun dengan kemas dalam folder. Nak lagi mudah, PDF-kan terus atau masukkan terus dalam Microsoft Powerpoint / Prezi / Canva untuk pembentangan yang smooth dan profesional.


WEBSITE

Zaman makin lama makin canggih. Ramai dah orang sekarang paparkan resume di website. Bagi link je kat interviewer haa gitu. Ada yang scan QR code, terus ke resume online. Ada yang buat website sendiri, sebagai personal branding. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Saya pun ada website tersendiri (iaitu website yang anda sedang baca ini) sebagai salah satu personal branding juga. Resume saya pun ada dekat website ni.

Selain daripada resume, ada juga yang buat website dikhaskan untuk portfolio mereka sahaja. Ada sesetengah perkara tak boleh ditunjuk dalam cetakan. Sebagai contoh, hasil kerja video, motion effects, UIUX design dan sebagainya. Website adalah cara terbaik untuk pamerkan hasil kerja kita tu.


MEDIA SOSIAL

Anda ada portfolio nak tunjuk tapi tak ada bajet nak buat website, haa gunalah media sosial anda. Sekiranya anda seorang photographer, videomaker, anda boleh pamerkan segala hasil kerja tangkap gambar atau video anda di Instagram, YouTube, TikTok dan sebagainya.

Share link dengan interviewer, bagi QR code dan sebagainya, kasi depa tengok. Haa gitu.


ALL-IN-ALL

Kalau anda nak prepare semua benda di atas, itu yang paling terbaik lah. Jika tak boleh nak buat website, buatlah soft copy dan susun cantik-cantik. Ada bajet dan keperluan, pergi la print hasil kerja dan simpan beberapa copy.


03. KEMAS KINI PROFIL ANDA DI LAMAN WEB PENCARIAN KERJAYA

Bila dah habis internship ni, anda dah boleh slow-slow update maklumat terkini (internship, skills, achievements, project) di LinkedIn, Job Street, Job Store, Indeed, Maukerja, Hiredly, Future Jobs dan banyak lagi.

Update awal, at least tak kalut!


04. MULAKAN PENCARIAN KERJA ATAU BUAT LISTING UNTUK PERMOHONAN KERJA (LAGI AWAL LAGI BAGUS)



Sekiranya internship anda ialah semester terakhir anda maka anda dah boleh mula buat pencarian kerja. Zaman sekarang susah nak dapat kerja. Nak kena bersaing dengan macam-macam orang. Boleh baca kisah struggle saya mencari kerja di sini: https://www.azaraslan.com/2020/03/kini-bukan-lagi-pengganggur.html

Boleh juga baca realiti mencari kerja zaman sekarang. Ni luahan saya beberapa tahun lepas la. Baca di sini: https://www.azaraslan.com/2020/02/peritnya-mencari-kerja-baharu.html

Sekiranya internship anda bukan pada semester terakhir, maka anda dah boleh buat listing untuk permohonan kerja. Anda dah boleh shortlist majikan-majikan atau syarikat yang menarik perhatian anda.

Sekiranya majikan tempat anda intern, menawarkan kerja kepada anda, haa itu dah kira rezeki! Boleh baca post INI untuk tips-tips semasa intern. Mana la tahu ada rezeki diserap.


05. TINGKATKAN SOFT SKILL DAN HARD SKILL



Anda dah tamat internship. Apa yang anda patut buat? Perkasakan ilmu dan kemahiran la. Anda kena pastikan anda ada skills yang diperlukan oleh industri. Barulah ada kebolehpasaran graduan.

Berikut adalah jenis kemahiran dan ilmu yang perlu ada:

  • Soft skills.
  • Hard skills (computer & technical skills).


Contoh soft skills:

  • Teamwork.
  • Adaptability.
  • Problem Solving.
  • Creativity.
  • Work Ethics.
  • Interpersonal Skills.
  • Time Management.
  • Leadership.
  • Dan lain-lain.


Contoh hard skills:

  • SEO marketing.
  • Content marketing.
  • Computer skills (ex: Microsoft Office 365).
  • Video editing.
  • Photography & videography.
  • Facebook Ads, Instagram Ads.
  • Bookkeeping.
  • Coding, programming.
  • Proofreading.
  • Typing speed.
  • Painting.
  • Graphic design.
  • Presentation skills.
  • Dan lain-lain.


Macam mana kita nak bina soft skills ni?

Menurut Indeed Editorial Team (2021), terdapat 11 cara untuk membina dan memantapkan soft skills iaitu:

  • Be open to feedback.
  • Communicate often.
  • Emphasize teamwork.
  • Build positive relationships.
  • Step outside of your comfort zone.
  • Get ready to learn.
  • Adapt to workplace / organisational changes.
  • Observe others.
  • Work through conflict.
  • Take on a leadership role.
  • Arrive to work / class on time.


Salah satu cara terbaik untuk menambah baik soft skills ini ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan sebagai ahli jawatankuasa. Daripada persatuan atau organisasi, anda boleh belajar banyak perkara dan mengasah soft skills anda.

Sekiranya anda melibatkan diri dalam persatuan, anda sudah pasti akan menjalankan program di universiti atau kolej. Nak jalankan sesuatu program dan kempen memerlukan perancangan, perbincangan dan kerjasama yang rapi.

Daripada program jugalah anda dapat meningkatkan kerjasama antara ahli dalam pasukan, selari dengan peribahasa, bersatu teguh bercerai roboh,

Daripada program jugalah, anda dikehendaki untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, krisis dan permasalahan. Di situlah anda akan belajar critical thinking dan problem solving.

Sebagai contoh, anda buat program di tempat terbuka, tiba-tiba cuaca mendung dan tanda-tanda menunjukkan bahawa hujan akan turun. Bagaimana anda nak selesaikan permasalahan tersebut? Perkara inilah yang menajamkan minda anda.


Contoh hard skills:

Sebagai contoh untuk hard skills, sekiranya anda seorang pelajar aliran pentadbiran dan pengurusan, anda perlulah ada kemahiran dalam menggunakan software seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan sebagainya.

Mungkin semua orang akan cakap, "eleh.. Microsoft Word je pun. Semua orang pun tahu". Soalan saya, anda pasti ke semua benda anda tahu pasal Microsoft Word? Microsoft Word ada pelbagai features. Tahu tak nak buat citation? Tahu tak shortcut-shortcut dalam software ni? Haa.. Kalau anda sekadar tahu menaip, kemahiran tu memang tak cukup la.

Contoh lain untuk hard skills, sekiranya anda seorang pelajar aliran pemasaran, anda kenalah ada ilmu dan kemahiran mengenai SEO, content marketing, email marketing dan sebagainya, selari dengan aliran yang anda ambil.


Dekat mana kita nak belajar hard skills ni?

Online

Banyak je website yang menawarkan latihan dan kursus percuma antaranya Alison - https://alison.com/, Open University - https://www.open.edu/openlearn/free-courses/full-catalogue, Hubspot Academy - https://academy.hubspot.com/ dan Coursera - https://www.coursera.org/. Anda boleh pergi ke website macam ni, dan pilihlah latihan yang anda ingin pelajari. Ada platform yang menawarkan sijil percuma. Ada yang kena bayar. Apapun, yang penting, ilmu tu kita dapat.


Alison


Open Edu



HubSpot


Coursera



Offline

Selain daripada belajar secara online, anda juga boleh mengikuti kursus berbayar secara fizikal sekiranya anda mahu. Antara platform yang menawarkan kursus fizikal ialah Kolej Komuniti dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).


Contoh Kursus Pendek Kolej Komuniti


Institut Keusahawanan Negara. www.insken.gov.my


Boleh tekan senarai latihan keusahawanan untuk maklumat lanjut.



Selain latihan online dan fizikal, anda juga boleh mempraktikkan hard skills ini dengan melibatkan diri dalam persatuan sebagai seorang ahli jawatankuasa.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha persatuan, sudah semestinya anda dikehendaki mengeluarkan surat, memo dan sebagainya. Perkara ini memerlukan skills.

Sekiranya anda seorang exco multimedia dan publisiti, sudah semestinya anda perlu membuat poster, banner, bunting dan sebagainya. Di sini anda perlu menggunakan software seperti Canva, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator bagi melaksanakan bahan grafik yang berikut.

Sekiranya anda dilantik sebagai ketua projek, anda perlu membuat kertas kerja untuk memohon kelulusan universiti. Nak buat kertas kerja memerlukan skill dalam menulis, research, formating dan sebagainya.

Soft skill dan hard skill ni dikira life long learning juga. Pembelajaran berterusan. Ilmu perlu ditimba sepanjang hidup. Tak rugi belajar. Yang rugi ialah orang yang tidak belajar dan tidak ambil peluang.


06. BELAJAR ILMU INTERVIEW DAN CARA MENGHANTAR EMEL KE BAKAL MAJIKAN



Ilmu interview perlu ada, sebab anda perlu yakinkan interviewer bahawa anda adalah calon terbaik untuk jawatan yang dipohon. Cara percakapan memainkan peranan. Cara duduk, cara pemakaian, cara menjawab pertanyaan. Semuanya ada markah.

Salah satu cara persediaan untuk interview ialah dengan bercakap depan cermin. Jangan malu, jangan segan. Practice makes perfect. Boleh baca tips komunikasi di sini. Saya ada share: https://www.azaraslan.com/2021/10/tips-berkomunikasi-semasa-presentation.html. Boleh ambil points yang berkaitan.

Mesti anda pelik, kenapa nak kena belajar cara menghantar emel ke bakal majikan, kan? Benda ni, penting. Sebab ramai je yang kantoi dalam perkara ni. Boleh baca lebih lanjut di sini: https://blog.maukerja.my/ms/13202/tips-ringkas-untuk-memohon-kerja-melalui-email-dengan-betul

Hantar emel ke HR bukannya macam hantar emel ke kawan-kawan. Ni kadang-kadang hantar emel ke HR, pakai taram je. Subject header takda. Content tak semenggah. Nama file pun tak rename.

HR bukan kawan kita, so tak perlu la letak emoji sweet-sweet apa semua. Tak sesuai huhuhu.

Ni antara contoh yang boleh dijadikan tauladan: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/03/01/aduh-yayang-buat-kerja-tak-clean-nak-mohon-pekerjaan-kantoi-dengan-hr-pakwe-tolong-buat-resume


07. REQUEST RECOMMENDATION LETTER DARIPADA SUPERVISOR



Recommendation letter ni boleh menjadi sokongan dan alibi bahawa anda memang produktif dan bagus bekerja. So, cubalah minta dengan SV. Nanti boleh masukkan dalam dokumen / file interview.


08. TANGKAP GAMBAR PASSPORT PROFESIONAL

Contoh gambar A


Contoh gambar B


Memandangkan anda dah masuk alam kerjaya, maka gambar passport tu pakai la blazer, tie dan kemeja untuk lelaki. Untuk perempuan boleh pakai blazer dan kemeja. Pakai baju kurung pun okay. So gambar passport pun up-to-date. Jangan pakai gambar passport zaman sekolah atau awal-awal masuk belajar pula!

Gambar tu first impression. Gambar juga akan banyak digunakan untuk permohonan kerja. So, softcopy tu simpan untuk permohonan online.

Gambar-gambar yang anda tangkap juga, boleh digunakan di portal cari kerja seperti Job Street, Maukerja, Job Store, Indeed dan sewaktu dengannya. Boleh update juga di LinkedIn.


09. SUSUN DOKUMEN UNTUK INTERVIEW KERJA

Nak interview kerja, mesti kena bawa dokumen seperti sijil, resume, ic dan sebagainya betul? Haa, apa yang anda kena buat ialah anda kena susun semua dokumen tu dalam satu fail. Susun kemas-kemas, buat kategori, indexing dan sebagainya. Search je kat Google, cara susun file interview. Mesti keluar punya.

Ni contoh susunan dokumen yang dicadangkan (dan saya juga buat):

  • Maklumat diri (boleh letak resume dan CV di sini)
  • Kad pengenalan dan sijil kelahiran
  • Sijil SPM (bukan slip SPM)
  • Sijil PMR / PT3
  • Sijil berhenti sekolah (wajib)
  • Skrol pengajian (diploma / degree / master / PhD)
  • Transkrip pengajian
  • Sijil anugerah khas dan sewaktu dengannya
  • Sijil pencapaian / penghargaan / penyertaan
  • Sijil kompetensi (kalau ada ambil apa-apa kursus online, fizikal, boleh masukkan)
  • Surat sokongan tempat kerja lama / organisasi / universiti

Setiap perkara di atas, anda boleh la buat labeling / divider dekat tepi file. So senang orang nak search dan buka file kita. Baru la nak kita ni memang orang yang sistematik.

Divider file adalah seperti berikut:

Contoh divider file. Boleh tulis label kat situ so senang kita nak cari, dan senang juga interviewer nak cari.


10. SAMBUNG BELAJAR ATAU KERJA?

Ni memang soalan cepumas. Boleh baca pengalaman saya di sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/sambung-master-atau-kerja-dahulu.html

Boleh baca ni juga berkenaan realiti sambung master sambil bekerja: https://www.azaraslan.com/2021/08/pengalaman-realiti-sambung-master.html

Sama ada anda nak sambung belajar atau kerja dahulu, anda kena tanya diri sendiri. Anda nak buat master sebab apa? Anda nak kerja sebab apa? Only then, anda boleh letak objektif anda. Boleh baca link yang saya share sebagai info tambahan untuk membuat keputusan.


-----

Berikut adalah 10 tips dan tindakan selepas tamat internship. Semoga bermanfaat untuk semua yang membacanya. Sekiranya bermanfaat, bolehlah share kepada rakan-rakan lain ya.


Mohon maaf atas tersalah kata dan tersilap bicara.

Sekian, terima kasih!

#azaraslan #azarnakcerita #internship #latihanindustri

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ok yg ni nice mcm2 input dpt

    BalasPadam
  2. Salam nak tanya, kalau satu staff di ambil sebagai pekerja while undergo industrial training, boleh ke staff tersebut berhenti kerja bila dah cukup intern 6 bulan? While 6 bulan tu dia dah terima gaji sebagai pekerja bukan intern.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt.

      Pandangan saya, seorang intern bukan lagi seorang pekerja. Penempatan tersebut sementara sahaja sebab kita masih lagi seorang pelajar.

      Jika ditawarkan pekerjaan, rasanya lebih baik tangguhkan sehingga internship tamat. Lepas internship tamat, baru lah mula kerja sebagai pekerja tetap atau kontrak.

      Apapun semuanya tertakluk pada offer letter. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya berhenti dari sesuatu syarikat. Kita perlu meneliti apa yang tertulis dalam offer letter tersebut.

      Dalam offer letter, pasti dinyatakan macam-macam perkara seperti tempoh kontrak (jika kontrak), tempoh notis resignation dan sebagainya. Kalau dah kerja 6 bulan, kita tak boleh berhenti macam itu sahaja. Let's say syarikat tu tulis resignation notice ialah 2 bulan. Maka, pada bulan ke-4 kerja tu dah kena tender resignation.

      Jika anda seorang pelajar semester akhir, dan semester akhir itu intern, mungkin tidak akan jadi masalah jika anda accept the offer. Cuma tetap ada risikonya iaitu seandainya kena repeat paper. Jika kena repeat paper, means kena extend semester. Jika kena extend semester maka kena masuk kampus lagi. Status anda masih lagi sebagai seorang pelajar. Means kena datang kelas. Status anda masih full time student. Kelas masih lagi antara Isnin - Jumaat. Perkara ni pasti akan effect jadual kerja. Maka kena tukar mode belajar ke part-time pula. Haa so ada banyak benda kena lihat sebenarnya.

      Sebab internship ni ialah tempoh belajar dalam industri. Kita tak panggil istilah gaji. Kita panggil elaun. Kalau gaji, dia ada potong EPF SOCSO tak? Jika ada, baru namanya gaji. Jika tidak, tu pun jadi salah satu masalah juga.

      Boleh juga dapatkan pandangan mengenai perkara ini melalui supervisor awak di universiti / kolej.

      Padam

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript